Saturday, 23 January 2021


Tan Chuan Hong, Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Bagan dan MCA Bahagian Bagan, percaya ahli DUN Bagan Dalam YB Satees berkata bahawa MCA melakukan publisiti politik murahan adalah parasangka yang buruk dan langsung tidak menghormati unsur-unsur demokrasi negara kita dan ini telah menindas hak asasi manusia dalam maklum balas yang diberikan terhadap penghuni pangsapuri yang membuat petisyen dan bantahan perkhidmatan sewa harian penginapan di sebuah pangsapuri yang berada di Harbour Place, Butterworth.

Selepas penghuni pangsapuri membuat petisyen secara terbuka, YB Satees mengeluarkan kenyataan bahawa isu tersebut adalah masalah dengan pihak pengurusan pangsapuri; isu ini bukan masalah kerajaan negeri. Oleh itu pihak pengurusan pangsapuri harus melaporkan kepada polis.
"Maklum balas YB Satees yang tidak ambil berat tentang suara penghuni adalah tingkah laku yang tidak bertanggungjawab sebagai wakil rakyat. Ahli DUN yang diundi oleh rakyat dan menerima gaji bulanan yang tinggi tetapi tidak mengurus kerja dengan sewajarnya dan mengatakan bahawa isu ini bukan soal urusan kerajaan negeri sebagai penjelasan.
"Contohnya, sebuah kedai di kawasan ini disenaraikan untuk kegunaan komersial tetapi pemilik kedai ini ingin menjadi kedai ini sebuah kedai makanan. Adakah kedai ini perlu memohon lesen perniagaan dari pihak yang berkenaan? Jawapannya adalah YA. Oleh itu, pangsupuri tersebut yang berada di Harbour Place, Butteworth yang terlibat dalam perkhidmatan sewa singkat penginapan yang seumpama dengan hotel juga harus mendapat kelulusan atau lesen dari pihak yang berkenaan. Bukankah ini dikuasai bawah bidang kuasa dewan bandarraya atau kerajaan negeri dan tempatan? Oleh itu, YB Satees tidak boleh berkata bahawa isu ini tidak berkaitan dengan kerajaan negeri."
Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Satees bercanggah oleh sebab dia menuntut bahawa Majlis Bandaraya tidak berhak untuk menghalang pemilik pangsupuri itu "mengkomersialkan" unitnya jadi kegunaan komersial, tetapi pada masa yang sama, dia juga menghantar surat rasmi kepada Majlis Bandaraya untuk meminta Majlis Bandaraya Seberang Perai buat semetara menghentikan perkhidmatan sewa harian di pangsapuri tersebut.
Tan Chuan Hong percaya bahawa "Jikalau Majlis Bandaraya tidak dapat menghalang pemilik pangsupuri perkhidmatan sewa harian, tetapi Majlis Bandaraya sekurang-kurangnya menyiasat sama ada pemilik tersebut sah untuk menjalankan perkhidmatan sewaan singkat penginapan atau tidak. Jika pemilik tersebut didapati tidak mendapat kelulusan untuk memberi perkhidmatan sewaan, jadi Majlis Bandaraya harus mengambil tindakan yang sepatutnya.
Tan Chuan Hong mengulangi bahawa MCA Bahagian Bagan tidak pernah mengelak waktu menghadapi sebarang cabaran, dan tiada niat jahat menimbulkan masalah, tetapi sentiasa berani bersuara untuk rakyat. Dalam kejadian ini, MCA tidak pernah mengarahkan sesiapa ahli parti atau penghuni-penghuni membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap YB Satees dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Sebenarnya, penduduk pangsapuri tersebut telah menghadapi buntu jalan dalam isu ini dan tidak mendapat sebarang pertolongan daripada pihak yang berkenaan. Oleh itu, mereka terpaksa berjumpa dengan MCA Bahagian Bagan untuk dapat bantuan. MCA bahagian Bagan amat berharap YB Satees tidak membalikkan kebenaran.
Tan Chuan Hong juga menekankan bahawa sifat YB Satees berpendapat bahawa masalah itu bukan masalah kerajaan negeri dan dia tidak dapat menyelesaikan masalah penghuni disini telah mengakibatkan penduduk-penduduk pangsapuri sangat tidak berpuas hati apabila kes penyewa rumah memukul pengawal keselamatan sampai berdarah pada hari daftar keluar pada 16hb September ini.

No comments: