Saturday 23 January 2021

Tan Chuan Hong: Kereta Kabel Bukit Bendera sering mengalami kerosakan, ini mencerminkan ketidakupayaan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang dalam pengurusan dan pemerintahan!

Naib pengerusi MCA Negeri Pulau Pinang dan Ketua MCA Bahagian Bagan, Tan Chuan Hong berkata bahawa pegawai-pegawai Kerajaan Pakatan Harapan memperolehi jawatan dan gaji yang tinggi dalam Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang, tetapi gagal dalam pengurusan dan mengakibatkan kereta kabel bukit bendera sering mengalami kerosakan. Justeru, ekonomi pelancongan Pulau Pinang telah terjejas dan hal ini membazirkan wang cukai yang dicarumkan oleh rakyat.
Selain itu, Tan Chuan Hong memuji empat pertubuhan bomba sukarelawan di kawasan parlimen bagan kerana mereka bersemangat dan bersedia memberikan bantuan kepada masyarakat- masyarakat yang terlibat dalam bencana-bencana yang berlaku walaupun mereka tidak menerima sesen gaji. Mereka tidak pernah melakukan kesilapan dalam kerja bantuan kecemasan dan inilah telah membuktikan tahap pengurusan mereka yang baik. Sebaliknya, pegawai-pegawai Kerajaan Pakatan Harapan dan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang bergaji tinggi tetapi tidak mengurus perkhidmatan pelancongan bukit bendera dengan baik, oleh itu pelancong memberikan komen yang buruk terhadap perkhidmatan pelancongan bukit bendera.
Tan Chuan Hong juga mengatakan bahawa kereta kabel bukit bendera dapat membawa 1000 penumpang per jam adalah kereta kabel yang terpantas di Asia Tenggara. Ia telah diserahkan oleh Naib presiden MCA Ng Yen Yen kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada bulan Mac 2011. Pada waktu itu, RM 5 juta telah diperuntukkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang untuk membina tempat letak kereta bertingkat.
Sayangnya, bangunan tempat letak kereta bertingkat tersebut tidak memenuhi syarat-syarat dan garis panduan bangunan dan terpaksa diroboh dan dibina semula. Ini telah membazirkan hamper-hampir RM 12 juta dan duit cukai rakyat. Ini menunjukkan pengurusan Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak cekap dan gagal.
Kenyataannya dikeluarkan ketika pengedaraan topeng muka dan pencuci tangan kepada empat pertubuhan bomba sukarela di kawasan parlimen Bagan oleh Crisis Relief Squad of MCA (CRSM). 4 pasukan bomba sukarela tersebut berasal dari Jalan New Ferry, Butterworth, Raja Uda, Bagan Jermal dan Sungai Puyu.
Ketua CRSM Pulau Pinang, Ma Chun Kit mengucapkan terima kasih kepada ibu pejabat CRSM memberi bantuan dan dana seperti bahan-bahan keperluan kepada beberapa kumpulan sukarelawan dan petugas barisan hadapan serta keluarga yang miskin.
Pengarah GoCare Crowdfunding daripada CRSM Pulau Pinang Tan Ming Huan menjelaskan bahawa kumpulan sukarelawan yang ingin mengumpul dana, keluarga yang miskin, pesakit atau orang kurang berupaya serta pesakit yang penyakit kritikal boleh meminta dana melalui platform crowdfunding GoCare. Dia juga menyeru orang ramai yang baik hati dapat memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Dia juga mengalu-alukan sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubunginya (0124742950) atau melayari laman web rasmi https://gocare.org.my/.

https://www.facebook.com/drTanChuanHong/photos/a.1585909375016183/2713041488969627/

No comments: