Saturday 23 January 2021

https://fb.watch/3biHrqoEEr/

Kenyataan Tan Chuan Hong, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Bagan dan MCA Bahagian Bagan semasa berada di aktiviti petisyen mengenai “Bantahan Homestay Haram dan Kembalikan Kediaman yang Aman Damai” pada 27 September 2020 (10 pagi) di HARBOUR PLACE, BUTTERWORTH

Aktiviti sewa rumah homestay di Harbour Place, Butterworth sering menimbulkan gangguan terhadap penduduk tempatan terutamanya kes jenayah yang baru berlaku ini. Dua orang lelaki yang mengadakan parti di homestay dan menunjukkan perasaan tidak puas hati dan bertindak keras selepas ditegur oleh pegawai keselamatan pangsapuri.
Selepas kejadian ini, penduduk tempatan telah melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan tentang masalah tersebut termasuk “mengembalikan kediaman yang aman damai", "menolak perkhidmatan sewa bilik harian", "meningkatkan keselamatan pangsapuri", "menolak homestay haram" dan "mencegah parti dadah dan aktiviti pelacuran”.
Sebelum ini, penduduk telah meminta bantuan dari ahli DUN untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi dia berkata bahawa dia tidak dapat mengambil sebarang tindakan atas masalah tersebut dan tidak memandang serius tentang keselamatan penduduk.
Penduduk-penduduk rasa tidak puas hati selepas diabaikan oleh YB. Oleh itu, mereka meminta bantuan BN & MCA untuk memberi tekanan kepada kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang agar menghulurkan bantuan untuk menyelesai masalah ini.
Tan Chuan Hong berpendapat bahawa seorang wakil rakyat harus bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam berkomunikasi dengan penduduk-penduduk, pengurusan pangsapuri, dan pihak berkuatkuasa yang berkenaan untuk memahami keseluruhan masalah dan mencari penyelesaiannya.
Penduduk-penduduk juga telah meminta bantuan daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai, tetapi MBSP mengatakan mereka tidak dapat menangani masalah tersebut. Sebenarnya, semua permohonan lesen perkhidmatan sewa rumah/ bilik homestay adalah diluluskan oleh majlis tempatan.
Majlis Bandaraya Seberang Perai sepatutnya membuat pemeriksaan atas semua pemilik homestay yang berkenaan untuk memastikan sewaan homestay di kediaman tersebut adalah sah dengan lesen yang dikeluarkan oleh MBSP.
Sekiranya pemilik didapati mengendalikan homestay secara haram, pihak berkuatkusa harus menguatkuasakan undang-undang dan bukannya hanya memberitahu penduduk bahawa tidak ada jalan penyelesaian dan langsung tidak mengambil sebarang tindakan.
Pemaju dan pengurusan pangsapuri ini juga harus memikir dari sudut pandang penduduk, terutama sebelum MC pangsapuri ini didirikan. Beberapa perkara yang penting harus dipertimbangkan seperti peningkatan keselamatan, peningkatan sistem perlindungan kebakaran dan kebersihan. Pihak tersebut harus berani menolak sewa homestay haram, jika tidak, masalahnya hanya akan semakin buruk, dan akhirnya semua orang akan terjejas oleh masalah-masalah tersebut.
Tan Chuan Hong juga ingin menyeru para pelabur dan pemilik pangsapuri ini, sama ada menjalankan perniagaan sewa homestay atau melalui lantikan ejen, kesemua ini harus dijalankan mengikuti undang-undang. Polisi homestay mesti diusahakan untuk memastikan penyewa homestay akan mematuhi polisi tempahan homestay agar mengelakkan menimbulkan gangguan penduduk, kes jenayah dan kes-kes yang lain.

No comments: