Saturday 23 January 2021

Tan Chuan Hong: Kedua-dua Projek Rancangan Tebatan Banjir utama di Butterworth adalah kelakar?

Naib Pengerusi MCA Pulau Pinang dan Ketua MCA Bahagian Bagan, Tan Chuan Hong berkata perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, YB Satees bercadang kerajaan Pulau Pinang untuk membuat Projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan Sungai Puyu hingga Bagan Dalam dengan meminta tender berdasarkan konsep pembinaan dan dokumen kejuruteraan untuk membangunkan projek tersebut adalah memperalatkan Projek Rancangan Tebatan Banjir sebagai alat perolehan wang. Cadangan ini oleh YB Satees telah menampar muka Ahli Parlimen Bagan YB Lim Guan Eng dan Ahli DUN Sungai Puyu YB Phee Boon Poh.
Tan Chuan Hong berkata sebegini semalam ketika berbincang dengan pihak berkenaan tentang cara menangani permohonan dan rayuan orang ramai tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Dia mengatakan bahawa ketika YB Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Pulau Pinang YB Lim Hock Seng telah melancarkan projek pembinaan benteng air memerlukan RM 350 ribu dan membeli sebuah pam yang bernilai sebanyak RM1.2 juta, tetapi masalah banjir masih tidak dapat diselesaikan. Seterusnya, YB Lim Guan Eng masih memberikan peruntukan wang sebanyak RM40 juta untuk Projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan Mak Mandin dan dia menyatakan bahawa ini akan menyelesaikan masalah banjir di kawasan Parlimen Bagan selamanya. Walau bagaimanapun, pada bulan Jun tahun itu, saluran air tersumbat dan tambahan lagi RM 150 ribu untuk melancarkan sumbatan.
Tetapi, kali ini YB Satees terus menuntut bahawa Projek Rancangan Tebatan Banjir di Kawasan Mak Mandin tidak dapat menyelesaikan masalah banjir disebabkan hujan yang bekerap dan kenaikan paras air. Kenyataan ini telah menakutkan semua orang dan menimbulkan fikiran bahawa Projek Rancangan Tebatan Banjir dijalankan oleh Kerajaan PH adalah kelakar?
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur Pulau Pinang Zairil Khir Johari juga mengumumkan Projek Rancangan Tebatan Banjir sebanyak RM 2.2 juta pada tiga bulan yang lalu di kawasan Taman Bunga Raya dan Taman Sin Tat iaitu kawasan Ahli DUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh. Setakat ini, projek belum dibuka tender dan belum dilaksanakan malahan seorang ahli DUN menakjubkan dengan mencadang Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Nyior.
Tan Chuan Hong berasa sangat sakit hati kerana kerajaan negeri tidak mampu membuat perancangan dengan teliti dan terperinci mengenai masalah banjir. Ini umpama merawat kepala semasa sakit kepala dan merawat kaki semasa sakit kaki, dan tidak pernah betul- betul menyelesaikan masalah banjir di kawasan kebanjiran. Ini telah membazirkan wang cukai rakyat atau ini sahaja alasan untuk memperolehi wang peruntukkan?
Orang ramai di Butterworth terutama penduduk-penduduk yang tinggal di Taman Bagan, Taman Cantik, Taman Sin Tat dan Taman Bunga Raya telah menderita dengan kejadian banjir selepas hujan ribut. Mereka amat berharap agar mereka dapat menghindarkan diri dari ancaman masalah banjir dengan secepat mungkin.

https://www.facebook.com/drTanChuanHong/photos/a.1585909375016183/2722348368038939/

 

No comments: