Pengerusi MFPC cawangan Pulau Pinang, Tan Chuan Hong, menggesa orang ramai berhati-hati semasa membuat pelaburan secara dalam talian supaya tidak mengalami kerugian yang besar kerana sindiket akan menawarkan keuntungan yang lumayan dengan modal pelaburan yang kecil untuk menarik minat pelabur.
Tan Chuan Hong berkata sedemikian semasa memberi ucapan dalam satu bengkel atas talian mengenai pengurusan kewangan yang dianjurkan oleh MFPC Cawangan Pulau Pinang bersama Batu Maung 4Ts dan Pusat Pembelajaran STEAM dan telah dihadiri oleh 600 orang peserta. Selain itu, Exco Perdagangan & Industri Dan Pembangunan Keusahawanan, Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain juga dijemput untuk pembukaan majlis perasmian bengkel tersebut.
Dia mengatakan bahawa pada waktu pandemik COVID-19 dan kadar faedah bank yang sangat rendah, ramai orang yang mencari peluang untuk membuat pelaburan secara dalam talian. Banyak sindiket akan mengikut norma baru ini dan menawarkan banyak pelaburan haram dan penipuan dalam talian. Ramai orang berminat dengan janji palsu dan kosong yang diberikan oleh sindiket dan tidak menyedari bahawa sendiri telah melibatkan dalam suatu penipuan.
Sebagai contoh, pelaburan FOREX dan sebagainya yang didapati dalam talian dipercayai dapat memberikan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat dengan hanya menggunakan modal pelaburan yang kecil. Pelabur akan mendapat pulangan duit dengan senang pada peringkat awal pelaburan. Namun, setelah pelabur memasukkan jumlah wang yang banyak, mereka akan terus menghilangkan semua wang pelabur.
Dia menggesa para pelabur menyemak status-status pelaburan saham, deriavatif, platform dan perkhidmatan pelaburan dan sebagainya di laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti sebelum membuat sebarang pelaburan. Selain itu, orang ramai juga boleh membuat sebarang pertanyaan dengan Bank Negara Malaysia tentang perkhidmatan pertukaran wang asing atau sebarang perundingan kewangan peribadi agar mengelakkan diri daripada terlibatkan diri dalam penipuan pelaburan “cepat kaya”.
Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Haji Abdul Halim juga menunjukkan bahawa laporan Ringgit Plus Malaysian Financial Literacy Survey 2019 menunjukkan bahawa 31% orang tidak dapat menguruskan kewangan mereka sendiri dan 43% menghabiskan semua pendapatan mereka. Selain itu, 53% orang hanya mempunyai duit simpanan yang cukup mengekalkan kos sara hidup selama 3 bulan dan 20% orang hanya mempunyai duit simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan hidupan selama sebulan.
Dia memuji bahawa penganjuran bengkel dalam talian yang percuma ini sangat tepat pada masanya bukan hanya untuk membantu orang meningkatkan pengetahuan mereka mengenai pengurusan kewangan. Orang ramai juga belajar untuk menanam sifat menjimatkan wang dan sifat menggunakan wang mengikut kemampuan sendiri.
No comments:
Post a Comment