Saturday 23 January 2021

Tan Chuan Hong: Pembancian dalam talian telah dilanjutkan untuk mengurangkan risiko jangkitan Pandemik COVID-19.

Naib pengerusi MCA Negeri Pulau Pinang dan Ketua MCA Bahagian Bagan, Tan Chuan Hong, menyeru orang ramai melengkapkan tinjauan soal selidik atau banci dalam talian (e-census) untuk mengurangkan kunjungan pegawai pembanci ke setiap rumah tangga untuk membuat bancian secara manual. Pembancian secara manual akan meningkatkan risiko jangkitan Pandemik COVID-19.

Tan berkata bahawa disebabkan kes pandemic COVID-19 menigkat kebelakangan ini, oleh itu kerajaan telah melanjutkan aktiviti pembancian 2020 iaitu, fasa pertama tinjauan soal selidik dalam talian yang bermula dari 7 Julai hingga 30 September telah dilanjutkan sehingga 21 Disember.

Fasa kedua bancian secara manual oleh pegawai pembanci dengan mengunjungi setiap rumah tangga yang sepatutnya bermula dari 7 hingga 24 Oktober telah ditangguhkan ke 20 Januari hingga 6 Februari tahun depan.

Dia berkata sedemikian ketika berjumpa dengan mangsa yang terlibat dalam suatu kebakaran yang berlaku pada beberapa hari yang lalu di Bagan Jermal, Butterworth.

Tan Chuan Hong berkata bahawa MCA Bahagian Bagan telah membantu Jabatan Perangkaan Malaysia untuk menyebar informasi tentang pengambilan pembanci di Daerah Seberang Perai Utara. Selepas itu, Ketua penerangan MCA Bahagian Bagan menerima banyak panggilan dari orang ramai terutamanya orang cina yang berminat untuk memohon menjadi pembanci.

Tan amat bersyukur bahawa ramai orang cina yang ingin memohon untuk menjadi pembanci. Dengan ini, orang Cina dapat lebih memahami tentang operasi agensi kerajaan dan juga mengubah pemikiran yang negatif terhadap kerajaan bahawa jawatan kosong kerajaan hanya diberikan peluang kepada kaum tertentu.

Selain itu, pembanci cina dapat diberi peluang untuk menghubungi penduduk- penduduk cina semasa melakukan bancian dengan bahasa yang lebih fahami oleh penduduk-penduduk cina supaya bancian berjalan dengan lebih lancar.

Tan juga menjelaskan bahawa bancian setiap sepuluh tahun sekali adalah sangat penting. Kerajaan dapat memahami situasi rakyat Malaysia melalui data statistik yang direkod. Ini akan membantu kerajaan dalam membuat peruntukan sumber, perancangan dan pembangunan negara dengan lebih efektif agar dapat membantu rakyat Malaysia dari segi peruntukan bantuan ekonomi dan sebagainya.

https://www.facebook.com/drTanChuanHong/photos/a.1585909375016183/2713903862216723/

No comments: