Sunday 6 September 2020

Tan Chuang Hong: Slogan “Kemakmuran Bagan, bermula dengan saya!” meningkatkan semangat ahli-ahli parti untuk persiapan perjuangan Pilihan Raya Umum ke-15!

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Umum ke-15 MCA Negeri Pulau Pinang dan Ketua MCA Bahagian Bagan, Tan Chuan Hong menyatakan bahawa MCA Bahagian Bagan akan menggunakan slogan “Kemakmuran Bagan, bermula dengan saya!” untuk meningkatkan semangat ahli parti agar bersiap sedia dalam pilihan raya umum yang akan datang supaya dapat menawan Parliamen Bagan dan 3 DUN.

Beliau berkata sedemikian semasa sesi perkongsian dengan Pengerusi MCA Negeri Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng waktu mengunjungi MCA Bahagian Bagan pada beberapa hari yang lalu.

4 perkara yang beliau mengingatkan kesemua ahli parti supaya:

(1)Memahami dasar kerajaan pusat dan memastikan rakyat jelas dengan pelbagai kemudahan dan faedah yang diberikan oleh kerajaan pusat, agar semua rakyat dapat memperolehi keuntungan tersebut;
(2)Memerangi berita palsu dan mencari kebenaran; kerap memperhatikan berita palsu yang dikeluarkan oleh lawan politik dan membuat pengesahan, menolak berita palsu serta fitnah dan memberikan kebenaran tentang isu-isu tersebut dengan secepat mungkin;
(3)Berani bersuara untuk rakyat mengenai masalah dan ketidakadilan yang timbul dalam kalangan penduduk tempatan;
(4)Perkhidmatan yang baik diberikan dan rakyat akan didahulukan. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat melalui saluran kerajaan pusat yang sediaada.

Tan percaya bahawa penduduk Bagan dapat membezakan fitnah dan kebetulan. Rakyat tidak akan lupa bahawa pemerintahan DAP selama 22 bulan yang membawa kesan-kesan yang buruk terhadap Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), organisasi kebajikan dan juga menuntut cukai keuntungan harta tanah, cukai gula dan sebagainya.

Beliau mendorong ahi-ahli parti bersatu dan saling menyokong dan berkhidmat secara ikhlas hati. Pengundi Bagan akan yakin dengan kita dan memberikan undian kapada MCA.

Selain itu, Naib Presiden MCA dan Pengerusi MCA Negeri Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng juga mengadakan sesi perkongsian dengan ahli-ahli dan melaporkan objektif dan arah perjuangan parti mengenai isu-isu terkini semasa mengunjungi MCA bahagian Bagan tersebut.

Beliau juga membuat satu pengumuman bahawa Ketua MCA Bahagian Bagan, Tan Chuan Hong secara rasmi dilantik oleh Barisan Nasional sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Bagan pada 1 Jun 2020 untuk menangani Pilihan Raya Umum ke-15.

Semua ahli juga mengadakan perbincangan dan kajian yang komprehensif dan mendalam mengenai strategi Bagan untuk Pilihan Raya Umum ke-15.

Gambar: Barisan MCA Bahagian Bagan dengan Datuk Tan Teik Cheng mengibarkan Bendara Jalur Gemilang dan Bendera MCA menujukken semangat MCA. Datuk Tan Teik Cheng (Empat Kiri), Tan Chuan Hong (Lima Kiri).

20200828(星期五)中国报/今日北马/C2

http://penang.chinapress.com.my/?p=1484549

 

No comments: