Sunday 6 September 2020

Tan Chuan Hong: Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dengan tegas mematuhi SOP pencegahan wabak yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Setakat ini, kita belum lagi berjaya menangani wabak COVID-19, oleh itu kita tidak boleh ambil ringin dengan wabak tersebut agar mengelakkan gelombang wabak kali kedua.

Dalam ucapan Kempan Derma Darah, Ketua BN Bahagian Bagan, Tan Chuan Hong berkata tarikh akhir untuk membuat permohonan bantuan sara hidup telah dilanjutkan dari 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Permohonannya yang telah ditolak sebelum ini masih dapat membuat rayuan kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri. Sekiranya sesiapa memerlukan segala bantuan dalam membuat rayuan boleh menghubungi MCA Bahagian Bagan atau menghubungi setiausaha MCA Bahagian Bagan, Encik Sum Yoo Keong: 0124233285.

Selain itu, sebanyak 35 bungkus darah dikumpulkan dalam kempen derma darah yang diadakan pada Taman Bagan dari pukul 10 pagi hingga 3 petang dan diedarkan ke bank darah Hospital Seberang Jaya.

20200901(星期二)光明日报/要闻/A4

No comments: