Monday 7 September 2020

20200907(星期一)光明日报/要闻/A7
陳詮峰:承傳多元化 馬華真正華人政黨 https://guangming.com.my/?p=936215

Tan Chuan Hong, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Umum ke-15 MCA Negeri Pulau Pinang dan Ketua MCA Bahagian Bagan berkata bahawa sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan Perayaan Kaum Cina sekali di Malaysia telah mencerminkan pemerintahan Barisan Nasional mengamalkan budaya dan warisan negara yang berbilang kaum.

Walaupun sesetangah orang berkata bahawa kumpulan etnik minoriti selalu diabaikan dari segi politik dan tidak diberikan layanan yang adil tetapi MCA sentiasa melindungi hak dan kepentingan orang Cina dan kaum minoriti yang lain. Selain itu, MCA juga mempertahankan unsur dan konsep demokrasi dan kebebasan semua kaum Malaysia.

Sejarah Malaysia telah menunjukkan bahawa MCA ditubuhkan sebelum kemerdekaan Malaysia sebagai satu Parti Bangsa Cina yang mempertahankan hak dan kepentingan orang cina di Malaysia. Selama ini, MCA memartabatkan perlembagaan Malaysia, mengamalkan demokrasi, menjaga hak kebebasan dan kepentingan semua rakyat Malaysia.

Tan Chuan Hong juga berkata bahawa MCA berbeza daripada sesetengah parti politik yang tidak berdemokrasi disebabkan parti politik tersebut yang bergantung pada pengundi Cina agar berjaya mendapat pemerintahan kerajaan persekutuan pada tahun 2018 tetapi seorang pemimpin politik dari parti tersebut mengeluarkan kenyataan yang sangat menyakit hati iaitu "Dia bukan mewakili pengundi Cina, malah mewakili rakyat Malaysia” dan tidak pernah membela hak dan kepentingan masyarakat cina. Oleh itu, ia telah menunjukkan penipuan ahli politik ini demi mendapat undian dan sokongan masyarakat Cina ketika pilihan raya tetapi tidak menjalankan tanggungjawab supaya menyuarakan untuk masyarakat cina.

Oleh itu, hanya MCA merupakan satu parti politik yang dapat mempertahankan politik, ekonomi, budaya dan pendidikan kepada masyarakat Cina, dan juga hanya Barisan Nasional merupakan gabungan parti politik yang merangkumi pelbagai jenis kaum yang dapat menjaminkan keharmonian kaum dan perpaduan nasional.

 

No comments: