Friday 9 July 2021

回顾 2020年11月12日(星期四)星洲日报/大北马社区报/03

MCA Bahagian Bagan: Kerajaan negeri dan kerajaan tempatan harus menangani isu-isu mengenai sewaan penginapan jangka pendek yang beroperasi dengan tidak sempurnan dan timbul masaalah.

Setiausaha Organisasi MCA Bahagian Bagan, Tan Ming Huan berkata penduduk pangsapuri di sekelilingi harbour place telah menegaskan bahawa Dewan Bandaraya Seberang Perai harus menjalankan kewajipannya untuk mengelakkan pengusaha sewaan penginapan jangka pendek yang tidak bertanggungjawab menimbulkan gangguan terhadap penduduk-penduduk.

Wakil penduduk pangsapuri tersebut telah berjumpa dengan MCA Bahagian Bagan dan meminta bantuan MCA Bahagian Bagan untuk menulis surat dan menyeru Ahli Parlimen Bagan, Adun Bagan Dalam, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Exco Kerajaan Negeri P.Pinang, iaitu Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar Dan Desa, YB Jagdeep memperhatikan isu tersebut dan melantik pegawai penguatkuasa untuk memeriksa dan menghentikan operasi sewaan penginapan jangka pendek yang haram.

Wakil penduduk pangsapuri tersebut juga menunjukkan perjanjian (Deed of Mutual Convenants) yang telah ditandatangani semasa membeli unit pangsapuri tersebut pada awal 2019. Perjanjian tersebut telah menulis dengan jelas bahawa pangsapuri tersebut adalah untuk tujuan kediaman sahaja dan tidak dapat digunakan untuk kegiatan komersial.

Dia juga mengatakan bahawa pangsapuri tersebut tidak menubuhkan badan pengurusan (JMB) atau jawatankuasa pengurusan (MC) pada masa itu, dan hanya MO yang dilantik oleh pemaju untuk menguruskan pangsapuri sahaja. Kini, disebabkan kekurangan penduduk yang duduk disini, oleh itu penduduk-penduduk tidak mampu memaksa MO untuk melaksanakan perjanjian dan mengikutnya dengan tegas. Oleh itu, mereka amat berharap kerajaan negeri dan tempatan akan membantu atas masalah tersebut.

Penolong Setiausaha MCA Bahagian Bagan dan juga Timbalan ketua MCA Pemuda Bahagian Bagan, Chan Wooi Jin juga memuji pihak polis kerana berulang kali membuat operasi pemeriksaan ke atas sewaan penginapan jangka pendek untuk mencegah jenayah dan memastikan semua kepatuhan terhadap SOP pencegahan pandamik setelah menerima aduan supaya memulihkan suasana perumahan yang aman dan damai.

Namun, katanya bahawa penduduk juga sering menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kekurangan kesedaran tentang keselamatan di pangsapuri kerana kejadian pengawal keselamatan dipukul oleh penyewa penginapan singkat yang telah berlaku sebelum ini. Kejadian ini telah menunujukkan bahawa pengawal keselamatan pangsupuri memang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik disebabkan tidak mendapat latihan yang sempurna.

Ketua Penerangan MCA Bahagian Bagan Lim Jit Fong juga berkata penduduk-penduduk tempatan berasa sedih hati dengan sikap Adun Bagan Dalam dan kerajaan negeri dan tempatan yang berdiam diri dengan isu tersebut.

Selain itu, setelah MCA Bahagian Bagan mewakili penduduk-penduduk tersebut menulis surat kepada Exco Kerajaan Negeri P.Pinang, iaitu Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar Dan Desa untuk mengesahkan berita yang diterbitkan pada Buletin Mutiara mengenai keputusan Kerajaan Negeri yang ingin mengambil tindakan terhadap pengusaha sewaan penginapan jangka pendek, berita tersebut telah dihapuskan dengan segala dan membuat surat maklumbalas agar meminta penduduk-penduduk tersebut menetapkan peraturan rumah (House Rules) untuk kawalan diri. 

Ini telah mendedahkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, terutama pegawai-pegawai DAP hanya tahu membuat keuntungan politik sahaja dan tidak pernah mempedulikan kehidupan dan keadaan rakyat.

No comments: