Sunday 26 October 2014

Menyeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya tidak mengeluarkan permit untuk Mendirikan Pusat Makanan & Minuman Sementara Taman Mawar!

Kenyataan Akhbar Tan Chuan Hong, Pengerusi KRT Taman Mawar, Butterworth, Pulau Pinang

Menyeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya tidak mengeluarkan permit untuk Mendirikan Pusat Makanan & Minuman Sementara Taman Mawar!
Pengerusi KRT Taman Mawar Dr Tan Chuan Hong menegaskan bahawa penduduk tempatan sangat membantah Kerajaan Negeri meluluskan pembangunan sebuah pusat makanan & minuman di lot swasta Taman Mawar. Ini secara seriusnya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat. Oleh kerana kejadian ini telah dibawa oleh peniaga ke Lembaga Rayuan kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan keputusan akan dibuat pada 30hb Oktober, penduduk tempatan harap keputusan kerajaan negeri ini akan memanfaatkan penduduk tempatan dan bukannya cenderung kepada peniaga!

Beliau berkata, beberapa tahun yang lalu, seorang peniaga ingin memohon untuk membangun sebuah pusat makanan & minuman di lot swasta Taman Mawar telah dibantah sekuat-kuatnya oleh penduduk tempatan. Kerana mereka takut ini akan menimbulkan masalah sisa kumbahan, bau busuk, pencemaran bunyi, kekurangan tempat letak kenderaan dan lain-lain lagi masalah kesihatan. Selepas dua tahun diprotes oleh penduduk tempatan dan penyiasatan MPSP, MPSP telah menolak permohonan ini.

"Akan tetapi, peniaga ini baru-baru ini sekali lagi rayu kepada Lembaga Rayuan. Penduduk tempatan bimbing terhadap keputusan 30hb Oktober ini. "

Beliau berkata, untuk mengelakkan orang ramai mempunyai gambaran "Kerajaan Negeri berpakat dengan peniaga", Kerajaan Negeri mesti membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan bukan demi kepentingan peniaga.

Beliau menegaskan bahawa jalan itu adalah jalan utama Taman Mawar. jika pusat makanan dan minuman ini didirikan di sebelah jalan ini, akan menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas dan juga kesulitan akses penduduk.

"Raja Uda sangat terkenal dengan makanan-makanan tempatan di mana makanan-makanan lazat boleh didapati di sepanjang jalan. Oleh itu, saya berharap kerajaan negeri menerima pendapat umum dan jangan meluluskan pusat makanan dan minuman sementara lagi dengan sewenang-wenangnya kerana bekalan makanan di sepanjang Raja Uda memang sudah sangat mencukupi."

Beliau berkata, KRT Taman Mawar berasa amat kecewa dan sakit hati kerana berasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sanggup mengorbankan masa, wang, keharmonian dan kesihatan raykat jelata demi kepentingan peniaga.

Beliau percaya perbicaraan kes sebegini membazir masa dan wang penduduk tempatan terutamanya golongan yang terpaksa menghadiri bicara kes ini demi mempertahankan hak mereka. Kerugian ekonomi jelasnya wujud ke atas mereka tetapi bukan sahaja tiada pampasan ke atasnya malah hak mereka mungkin turut dikorbankan. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga membazir wang penyumbang cukai kerana membenarkan bicara kes yang langsung tidak munasabah ini dijalankan. Kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mewakili rakyat tetapi sebenarnya hak majoriti langsung tidak terjamin dan sebaliknya menyusahkan rakyat.

"Jika pusat pembinaan makanan dan minuman ini diluluskan, penduduk tempatan akan kekurangan tempat letak kereta. Akibatnya akan timbulnya masalah meletak kereta di merata-rata tempat. Apa faktanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang boleh menyakinkan penduduk-penduduk tempatan bahawa tiada kesulitan lalu lintas setelah pusat makanan & minuman dibina? Kerajaan Negeri Pulau Pinang sanggup mengorbankan kepentingan rakyat sekiranya sumbangan wang dibekalkan oleh peniaga?

Dr Tan Chuan Hong menegaskan bahawa apabila penjaja-penjaja memasak, asap akan ditiup ke sekitar pusat makanan & minuman dan ia akan menjejas kesihatan penduduk-penduduk yang tersedut asap-asap dalam jangka masa panjang. Di samping itu, minyak dan sisa-sisa makanan akan dituang terus ke dalam longkang atau parit yang berdekatan. Ini akan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan kualiti hidup penduduk akan dijejaskan.

Beliau berkata, KRT Taman Mawar mempunyai kewajipan untuk mempertahankan keharmonian, keamanan serta hak penduduk-penduduk di dalam taman ini. Pihak KRT Taman Mawar tidak akan menunduk kepada mana-mana kuasa yang mengancam kebajikan penduduk-penduduk di dalam Taman Mawar.

No comments: