Daerah Seberang Perai Utara masih kekurangan pembanci. Sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada 1,002 pembanci di Daerah Seberang Perai Utara untuk membantu dalam membuat bancian penduduk setiap sepuluh tahun sekali?
Tan Chuan Hong, Pengerusi MCA Bahagian Bagan berkata bahawa banci 2020 akan dilakukan dalam dua fasa. Banci fasa pertama bermula dari 7 Julai hingga 30 September (dilanjutkan hingga 6 Oktober), melalui tinjauan soal selidik dalam talian (e-Census).
"Banci fasa kedua akan bermula dari 7 hingga 24 Oktober, dan pembanci akan mengunjungi setiap rumah tangga untuk membuat bancian manual."
Tan Chuan Hong juga berkata bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia telah menyediakan sesi temuduga untuk jawatan pembanci sejak awal tetapi menerima sambutan yang kurang baik, terumanya Daerah Seberang Perai Utara masih berkurangan pembanci.
“Banci fasa kedua akan bermula pada 7 Oktober, oleh itu, kami menggesa mereka yang berminat untuk menjadi pembanci, sila hubungi Encik Lim Jit Fong (019-5908363), ketua penerangan MCA Bahagian Bagan dan koordinator banci, untuk keterangan yang selanjutnya."
Tan Chuan Hong juga berkata bahawa pembanci akan dibayar gaji seharian RM54, oleh itu 24 hari bekerja dapat memperolehi RM1296, dan juga menikmati manfaat-manfaat seperti KWSP dan PERKESO. Syarat minimum untuk menjadi pembanci adalah pemegang kelayakan SRP atau PMR dan harus membawa pengangkutan sendiri dan memiliki sebuah telefon pintar.
"Sekiranya anda berminat, anda hanya perlu menghadiri temu ramah. Pihak berkuasa akan memberi latihan pada hari Isnin dan Selasa minggu depan, dan banci setiap rumah tangga akan bermula dari 7 Oktober."
Banci penduduk sangat penting supaya kerajaan dapat merekod data statistik yang lebih tepat. Ini akan membantu kerajaan dalam membuat peruntukan sumber, perancangan dan pembangunan negara, dan membuat dasar dengan lebih efektif agar dapat membantu rakyat Malaysia dari segi peruntukan bantuan ekonomi dan sebagainya.
Ketua wanita MCA Bahagian Bagan, Teh Lay Cheng juga berkata bahawa MCA wanita Bahagian Bagan mengadakan sambutan Perayaan Kuih Bulan secara kecil dan mematuhi SOP untuk menyampaikan salam perayaan tersebut kepada semua lapisan mayarakat.
Teh Lay Cheng berkata bahawa kes pandemik COVID-19 telah meningkat kebelakangan ini, oleh itu, dia menasihati semua orang untuk mengambil langkah pencegahan dan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan untuk memerangi pandemik ini.
Kapsyen: Sambutan perayaan kuih bulan yang dianjurkan oleh Wanita MCA Bahagian Bagan. Teh Lay Cheng (4 dari kiri) dan Tan Chuan Hong mengangkat tanglung untuk menyampaikan salam Perayaan Kuih Bulan kepada rakyat jelata.
https://www.facebook.com/drTanChuanHong/photos/a.1585848148355639/2710128029260973/
No comments:
Post a Comment