Monday, 7 September 2020

20200827(星期四)中国报/今日北马/C4

Tan Chuan Hong, Pengerusi BN & MCA Bahagian Bagan berkata: Pindaan SUBSEKSYEN 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 pada 15 Mei 2019 sewaktu Lim Guang Eng sebagai menteri kewangan menyebabkan kehilangan status bebas cukai beberapa hospital di Pulau Pinang. Pindaan tersebut telah memberi kesan yang sangat buruk terhadap sektor kebajikan.

Walaupun kehilangan status bebas cukai di beberapa hospital iaitu Hospital Lam Wah Ee, Hospital Mount Miriam dan hospital Adventist pada masa pemerintahan DAP, DAP bukan sahaja gagal menginsafkan diri tetapi menyalahkan MCA yang menimbulkan isu kehilangan status bebas cukai tersebut.

Ketua MCA Negeri Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng akan cuba sedaya upaya menolong hospital- hospital yang terlibat melalui penyelarasan dengan Presiden MCA Dato' Seri Wee Ka Siong dan Menteri Kewangan Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

No comments: