Saturday, 26 March 2016

Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang termasuk Pergerakan Pemuda dan Wanita BN Negeri menyokong penuh pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan berdiri teguh bersama Dato Seri Najib dalam menghadapi cabaran politik masa ini.

Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang ingin menegaskan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dan Perdana Menteri menerima mandat rakyat pada pilihanraya umum ke-13. Sebarang usaha untuk mengetepikan mandat ini tanpa melalui satu pilihan...raya umum adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi yang dipertahankan oleh Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan!

Barisan Nasional ditubuhkan pada tahun 1974 dengan tujuan untuk mengurangkan politik tidak sihat dan mengembalikan kestabilan politik bagi tujuan pembangunan Negara. Barisan Nasional akan terus mengamalkan nilai-nilai ini demi kepentingan rakyat.

Dalam masa ekonomi dunia yang tidak menentu ini, kestabilan politik adalah satu faktor utama bagi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Justeru itu, BN Pulau Pinang mengajak rakyat untuk meneliti dan menerima hakikat bahawa kestabilan politik yang dimajukan oleh BN perlu diberi keutamaan daripada bermain politik dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini.


No comments: