Monday, 6 September 2010

Makna Hari Kebangsaan

Penolong Setiausaha
Makna Hari Kebangsaan Masih terdapat ramai orang muda di negara kita yang tidak mengerti sebenarnya makna Hari Kebangsaan. Pertubuhan dan komuniti dari tiga etnik utama dan agensi kerajaan mempunyai tanggung jawab untuk menerangkan kepada generasi muda makna di balik Hari Kebangsaan.


Sebelum kemerdekaan, tiga kumpulan etnik utama telah bekerja sama dan berjaya untuk memperoleh kemerdekaan dari pemerintahan kolonial, dan seterusnya mencapai kemajuan dan kemakmuran negara hingga sekarang.


Kita semua harus menyedari bahawa adalah tidak mudah untuk membina sebuah negara yang merdeka. Kita harus menghargai pentingnya perayaan Hari Kebangsaan supaya kita tetap terus bekerja sama untuk memastikan kemajuan dan kemakmuran Negara.


Tahun ini kita menyambut Hari Kebangsaan ke-53. Kerajaan mengadakan perayaan besar-besaran bagi menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun. Banyak pertubuhan dari sektor swasta dan badan-badan kerajaan turut menyertai dan ini menunjukkan betapa pentingnya hari kemerdekaan dalam sejarah sebuah negara.

Orang muda, terutama generasi baru, kerana tidak mengalami kesulitan dalam proses perjuangan kemerdekaan, cuma menganggap Hari Kebangsaan sebagai satu hari perayaan yang biasa sahaja.

Hari Kebangsaan merupakan detik untuk membangkitkan semangat patriotisme rakyat dan menghormati perlembagaan dan kontrak sosial. Ketiga-tiga kumpulan etnik utama telah bekerja sama dan berjaya untuk memperoleh kemerdekaan dan semangat bersatu-padu harus dipaparkan dalam hari kebangsaan dan ini juga selaras dengan konsep 1Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.

Organisasi bukan kerajaan atau badan kerajaan serta sektor swasta harus menjalankan lebih aktiviti-aktiviti yang mempunyai nilai sejarah supaya generasi muda memahami bahawa kemerdekaan yang dicapai oleh negara kita bukannya satu ganjaran yang datang dengan sendiri tetapi diperoleh melalui daya usaha semua rakyat mempamirkan perpaduan.

Untuk memupuk semangat patriotik rakyat, kerajaan harus mendidik generasi baru agar mereka memahami sejarah dan proses perjuangan kemerdekaan. Terutamanya bagi generasi muda yang masih tidak memahami makna Hari Kebangsaan, kerajaan perlu untuk bermula dengan pendidikan supaya mereka menyedari proses perjuangan kemerdekaan, supaya mereka memahami tanggung jawab untuk membela negara dan menyumbang untuk pembangunan negara. Dengan hanya mengibarkan bendera dan mengadakan perarakan tidak dapat membuat mereka memahami usul-asal Hari Kebangsaan. Hanya melalui pendidikan, pengajaran sejarah dan kerjasama masyarakat awam barulah kita dapat mencapi inspirasi Hari Kebangsaan.

No comments: